Huraikan faktor-faktor
yang menyebabkan kes ragut menjadi lebih serius:
Belakangan ini, kejadian ragut amat mengejutkan buat
masyarakat kita. Menurut Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak, kekerapan
jenayah ini membuktikan bahawa ada sesuatu yang tidak betul dalam masyarakat
kita dewasa ini. Ada pepatah melayu menyatakan, kuah sama dihirup, sambal
sama dicolek, kita sebagai warga Malaysia yang seia sekata, haruslah
menggembleng tenaga dan menghempas pulas untuk mengekang masalah ragut ini
sehigga ke akar umbinya. Persoalannya, apakah faktor yang mendorong kejadian
ini bersama-sama langkah untuk menanganinya kes ragut yang terus meningkat saban
tahun ? Yang berikut akan saya
huraikan puncanya berlaku kes ragut.
Punca perdana
jenayah ragut ini adalah kerana sikap masyarakat sendiri yang tidak memberi
perhatian berat tentang aspek keselamatan mereka, bak kata pepatah, bagai
mencurahkan air ke atas daun keladi. Masih banyak individu dalam masyarakat
kita yang suka membawa wang yang banyak dalam dompet atau tas tangan mereka dan
ini menjadI sasaran peragut. Begitu juga dengan sikap kita yang gagal mengambil
langkah-langkah keselamatan apabila pulang dari pejabat bersendirian, berjalan
di lorong yang gelap, atau mudah percaya akan orang asing menjadikan kita
sasaran mudah peragut. Jadi, aspek keselamatan diri yang kurang diberi
perhatian telah menyebabkan ragut semakin menjadi satu kebiasaan di negara ini
pula.
Malah, kejadian ragut turut diburukkan lagi dengan keadaan
ekonomi dunia yang sedang mengalami kegawatan ekonomi yang begitu teruk. Banyak
kilang dan syarikat di negara ini yang terpaksa membuang pekerjanya kerana
kekurangan permintaan terhadap produk mereka dengan drastik. Ketidakupayaan
pekerja yang dibuang kerja itu untuk mencari kerja lain dalam masa yang
terdekat telah menjurus mereka ke kancah jenayah terutama apabila memikirkan
makan minum anak isteri pula. Oleh itu, kes ragut meningkat kerana banyak
pekerja tidak mempunyai pekerjaan lalu beralih menjadi peragut untuk
menyelesaikan masalah mereka secara mudah.
Seterusnya masalah ini bertambah serius kerana kegagalan
pihak berkuasa mengambil langkah pencegahan yang efektif. Hal ini demikian
kerana undang-undang kini hanya seperti melukut di tepi gantang.
Kekurangan kamera litar tertutup di kawasan-kawasan berisiko tinggi menyebabkan
masalah ini terus menjadi-jadi. Jika kerajaan memasang lebih banyak kamera
seperti ini sudah pasti penjenayah berfikir dua kali sebelum bertindak. Oleh
itu, kekurangan kamera litar tertutup telah menyebabkan masalah ini berterusan
terutama di kawasan sunyi dan ketika waktu malam.
Kemelut ini turut ditimbulkan akibat kekurangan didikan
keagamaan terutama terhadap generasi muda kita. Amalan agama sudah makin
dilupakan berdasarkan semakin moden sesebuah masyarakat itu. Kekurangan aspek
agama menyebabkan kurangnya ketahanan diri seseorang untuk tidak melakukan
jenayah. Sudah hilang rasa takut akan balasan Tuhan jika melakukan kesalahan
jenayah. Tegasnya, masyarakat haruslah menekankan didikan keagamaan supaya
mempunyai nilai sahsiah yang tinggi.
Akhirnya, semua pihak harus berganding bahu untuk
menyelesaikan masalah jenayah ini tanpa perlu menuding jari mencari kesalahan
pula. Sementara itu pihak kerajaan harus mencari alternatif untuk menangani isu
pembuangan kerja ketika kegawatan ekonomi untuk memastikan jenayah ini tidak
merebak, bak kata pepatah, kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat
sagunya. Kegagalan mengawal jenayah ini mampu menjejaskan imej negara pada
mata masyarakat dunia. Mungkin peribahasa ”sudah terantuk baru tengadah”
memberikan kita satu pandangan supaya bersedia sedia sebelum masalah itu
berlaku.
Kerajaan telah berusaha untuk mengukuhkan institusi kekeluargaan di
negara ini ekoran peningkatan kes sosial pula.
Nyatakan langkah-langkah yang mampu diambil oleh kerajaan untuk
mengekalkan insititusi keluarga ini.
Belakangan
ini, kerajaan berusaha untuk mengukuhkan institusi kekeluargaan di negara ini. Merurut
perdana menteri Dato Seri Najib Tun Razak, peningkatan gejala sosial berkait
rapat dengan keruntuhan institusi keluarga. Ada pepatah melayu menyatakan,
bagaimana acuan begitulah kuihnya, ibu bapa memainkan peranan yang penting
untuk mendidik anak-anak mereka. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang
boleh dilaksanakan oleh kerajaan untuk memastikan institusi keluarga di negara
ini terus utuh? Yang berikut akan saya huraikan langkahnya mengekalkan
institusi kekeluargaan.
Tindakan
awal yang boleh dilakukan oleh kerajaan ialah kerajaan menggubal satu
perundangan baru yang boleh memastikan keutuhan keluarga di negara ini terus
berkekalan. Kewujudan akta yang lebih menyeluruh seperti mampu menangani
masalah penceraian, penderaan anak dan isteri pasti mampu memberikan satu
sinar baru kepada pembentukan keluarga yang sihat pula. Masyarakat akan lebih
berhati-hati untuk bertindak mendera atau lari dari rumah begitu sahaja kerana
sedar adanya peruntukan perundangan yang boleh memberi impak kepada diri
mereka pula nanti jika dilakukan tanpa berfikir. Maka, tindakan
mewujudkan satu perundangan yang lebih holistik mampu menghasilkan satu
bentuk keluarga yang lebih baik di negara ini.
Selain itu,
kerajaan boleh menjalankan satu kempen kesedaran tentang peri pentingnya
institusi keluarga ini diberi penekanan di negara ini. Dalam kempen ini
dihuraikan bahawa kebanyakan gejala sosial yang berlaku di Malaysia mampu
dikurangkan jika negara ini memiliki persepsi kepentingan keluarga yang
sebenarnya. Pada masa yang sama kempen itu juga berupaya untuk menerangkan
cara-cara untuk memiliki satu keluarga yang baik dan sihat supaya masyarakat
boleh melakukan sesuatu pula terhadap keluarga mereka sendiri. Jelaslah,
langkah mengadakan kempen bukan sahaja mampu menerangkan kepentingan keluarga
kepada masyarakat tetapi juga berupaya mendidik mereka untuk memproleh satu
keluarga yang sempurna.
Bukan
sahaja penggubalan perundangan dan menjalankan kempen tetapi kerajaan juga
boleh menubuhkan satu agensi khas yang akan menguruskan semua aspek berkaitan
dengan kekeluargaan di negara ini. Agensi ini akan merangka semua tindakan yang
bersesuaian dengan perancangan kerajaan setelah mengadakan kajian mengenai
keadaan keluarga di negara ini pula. Kewujudan agensi khas ini juga membuktikan
kepada masyarakat bahawa kerajaan sememangnya bersungguh-sungguh dalam usaha
untuk menangani masalah sosial yang berlaku itu. Sesungguhnya, penubuhan sebuah
agensi khas keluarga sebegini mampu menjadikan semua aktiviti yang dilaksanakan
terancang dan tepat kea rah sasarannya.
Tindakan
seterusnya ialah kerajaan boleh mewajibkan semua ibu bapa terutama pasangan
yang baru berkahwin untuk menghadiri satu kursus keibubapaan. Kehadiran mereka
dalam kursus sebegini memberikan mereka satu pengetahuan asas untuk mendidik
anak sendiri apabila sampai masanya kelak. Pengetahuan mendidik sebeginilah
yang bakal menjadikan keluarga itu lebih mantap kerana anak akan dididik dengan
sempurna oleh ayah dan ibu mereka. Oleh itu, kursus yang dianjurkan ini menjadikan
tugas untuk mendidik keluarga itu begitu mudah dan berkesan.
Malahan,
keutuhan keluarga ini juga mampu ditingkatkan oleh kerajaan dengan menyediakan
sistem perumahan yang selesa buat rakyat di negara ini terutama golongan yang
berpendapatan rendah. Kita sedia maklum bahawa harga rumah di negara ini
terutama di kawasan bandar begitu mahal sehingga ada keluarga yang tidak
mempunyai rumah yang selesa untuk keluarga mereka. Keadaan ini menyebabkan
anak-anak sering tiada di rumah lalu mereka mudah untuk terpengaruh dengan
unsur-unsur negatif di luar rumah pula. Justeru, kemampuan kerajaan
menyediakan perumahan yang baik buat rakyat di negara ini bakal menyaksikan
semua gejala sosial yang berlaku menjadi berkurangan pula.
Kesimpulannya,
semua tindakan yang diutarakan tadi sememangnya mampu menghasilkan satu
institusi keluarga yang utuh di negara ini. Kerjasama semua pihak terutama ibu
bapaamat diperlukan jika tindakan-tindakan ini ingin mencapai sasarannya.
Kegagalan untuk memberikan kerjasama yang sewajarnya pasti menjadikan gejala
sosial yang melanda negara ini terus bertambah saban tahun. Slogan “Rumahku,
Syurgaku” membuktikan betapa pentingnya keharmonian dan keutuhan keluarga itu
buat pendidikan generasi masa depan negara ini.
Penyakit
demam denggi yang berpunca daripada nyamuk aedes merupakan ancaman yang
membimbangkan negara. Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan
merebaknya penyakit ini dan langkah-langkah bagi menanganinya.
Mutakhir
ini negara tidak putus-putus dicelikkan dengan berita-berita kematian yang
membabitkan penyakit demam denggi. Berdasarkan statistik, kawasan
sekitar Lembah Kelang terutamanya yang mencatatkan kadar kematian yang
paling tinggi dan membimbangkan. Hal ini ternyata mengancam
ketenteraman masyarakat sejagat kerana masalah nyamuk aedes umpama
barah yang tiada penawarnya. Walaupun begitu, masalah tersebut boleh
dikurangkan dengan professional, rasional dan signifikan sekiranya setiap
lapisan masyarakat berusaha mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan merebaknya
penyakit yang membawa maut ini seraya mengaplikasi langkah-langkah yang
boleh dilaksanakan bagi menanganinya demi kemaslahatan bersama.
Antara faktor
yang utama ialah pengabaian terhadap kebersihan dan displin diri.
Nyamuk aedes terutamanya amat menggemari kawasan yang bersemak-samun dan sering
berlegar-legar di sekitar kawasan semak atau padang rumput antara waktu petang
hingga senja. Sememangnya, waktu-waktu begini yang sering digunakan
oleh komuniti remaja untuk melakukan aktiviti riadah di luar rumah. Jadi,
tidak menjadi masalah bagi pembunuh bersaiz kecil untuk mendapatkan mangsa.
Oleh itu, tidak hairanlah kebanyakan mangsa terdiri daripada golongan remaja.
Faktor
kedua ialah pengabaian terhadap kebersihan kawasan persekitaran.
Sebagaimana yang telah kita sedia maklum, nyamuk aedes memerlukan kawasan yang
mempunyai air yang tidak mengalir untuk membiakkan telur-telurnya. Berdasarkan
pemerhatian dan kajian yang telah dibuat, terbukti dengan jelas bahawa
rata-rata penduduk di Malaysia menternak nyamuk aedes tanpa disedari oleh
mereka. Antara tempat-tempat pembiakan serangga pembunuh ini ialah di dalam
pasu-pasu terbiar, celahan tayar, longkang-longkang yang tersumbat, tangki air
dan sebagainya. Seperkara lagi, selain kehadiran air yang bertakung, proses
pembiakan nyamuk aedes juga tidak terencat di tempat-tempat teduh yang
terhalang daripada sinaran matahari.
Oleh
hal yang demikian, setiap pihak seharusnya merancang strategi dan
menitikberatkan mekanisma yang ampuh dalam usaha menangani masalah yang
semakin menular di Malaysia ini seperti kata pepatah tiba di mata
dipejamkan, tiba di perut dikempiskan. Salah satu prakarsa yang boleh
dijayakan ialah aktiviti pembersihan sekitar kawasan rumah oleh setiap ahli keluarga. Pendedahan
awal kepada anak-anak tentang kebersihan kawasan rumah
merupakan langkahmenangani pembiakan nyamuk aedes dan penyakit demam denggi.
Oleh itu anak-anak akan lebih prihatin terhadap kawasan sekeliling dan tidak
mustahil anak-anak kita pula yang akan menegur kita apabila ternampak takungan
air di tempat-tempat tersembunyi suatu hari kelak.
Seterusnya, aktiviti
gotong-royong di kawasan perumahan juga merupakan salah satu inisiatif
terbaik dan profesional. Semasa bergotong-royong, selain dapat membersihkan
kawasan yang bersemak-samun dan terbiar secara tidak langsung perpaduan antara
jiran tetangga dapat dieratkan tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan kerana
masing-masing bersikap optimis dan ringan tangan antara satu sama lain. Dalam
masa yang sama, telur-telur nyamuk aedes sama ada yang masih baru atau hampir
menjadi seekor anak nyamuk dapapt dihapuskan dan meyelamatkan nyawa penduduk
setempat sebelum dijangkiti penyakit yang merbahaya ini. Bak kata
pepatah, mencegah lebih baik daripadamengubati.
Prakarsa
seterusnya ialah pihak-pihak berwajib yang diamanahkan oleh Dewn
Bandaraya di setiap negeri tidak ketinggalan boleh menyumbang jasa dengan
melakukan aktiviti-aktiviti penyemburan secara percuma pada setiap
akhir bulan lebih-lebih lagi sekitar kawasan perumahan yang didiami komuniti
masyarakat yang banyak. Di samping itu, pengagihan serbuk-serbuk yang mampu
memperlahan atau menghapuskan telur-telur di dalam air juga antara langkah yang
membantu menangani merebaknya penyakit demam denggi yang dimaksudkan. Dalam hal
ini, pihak-pihak berkenaan tidak sepatutnya memandang entengterhadap
permasalahan penyakit tersebut justeru menyedari risiko yang bakal
dihadapi sekiranya mereka tidak memainkan peranan yang sewajarnya.
Sehubungan
dengan itu, pemantauan oleh ibu bapa terhadap anak-anak juga antara
inisiatif yang mapan dan wajar dititikberatkan. Sekiranya anak-anak inigin
melakukan aktiviti riadah di luar pada sebelah petang, mereka seharusnya
diingatkan agar berpakaian lengkap dan melindungi kulit serta menasihati agar
pulang pada masa yang sesuai. Tambahan pula, anak-anak juga perlu dinasihatkan
agar membersih dan mengurus diri dengan baik selepas terdedah dengan
kuman-kuman ketika bermain di luar. Semetelahan itu, ibu bapa juga perlu
meningkatkan tahap profesionalisme mereka dengan bertindak segera sekiranya
anak-anak didapati mempunyai simptom-simptom yang melibatkan penyakit
serius, seperti muntah-muntah dan cirit-birit.
Setiap lapisan
masyarakat sayugia bersepadu dan bersifat rasional terhadap kebersihan agar
pembiakan nyamuk aedes dan penularan penyakit demam denggi akan terencat.
Tamsilnya, Malaysia akan menjadi lebih harmoni dengan masyarakat yang sejahtera
jasmani, rohani dan emosi tanpa kehadiran nyamuk aedes. Walau selemah mana
jasmani, walau serapuh mana rohani dan walau sekacau mana emosi seseornag
individu itu, indivudu yang bebas daripada penyakit seperti demam denggi
merupakan suatu elemen penting yang harus diperjuangkan.
Usaha Menggalakkan Kemajuan Pelancongan Negara
Industri pelancongan membawa sumber pendapatan negara.
Huraikan usaha-usaha yang mampu dilakukan untuk meningkatkan industri
pelancongan negara.
............Tahun
2007 telah diumumkan sebagai Tahun Melawat Malaysia oleh kerajaan memandangkan
industri pelancongan berpotensi untuk dimajukan di negara kita. Sektor
pelancongan juga perlu dimantapkan kerana sektor ini mampu memantapkan ekonomi
negara kita. Banyak tempat menarik yang terdapat di negara kita boleh
dikunjungi oleh pelancong-pelancong asing dan tempatan seperti di Cameron
Highland, Genting Highland, bandar raya Melaka, Desaru dan sebagainya. Oleh itu
pelbagai usaha boleh dilaksanakan untuk memajukan industri pelancongan tersebut
sama ada oleh pihak kerajaan sendiri mahupun agensi yang berkaitan.
............Antara
usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan ialah menambah kemudahan
pengangutan dan perhubungan ke destinasi-destinasi yang menarik di negara kita.
Kemudahan pengangkutan ini dapat memberi peluang yang lebih banyak kepada
pelancong untuk pergi ke destinasi yang mereka sukai. Sebagai contohnya,
kerajaan telah membina kemudahan lebuh raya baru ke Cameron Highland agar pusat
pelancongan ini mudah dikunjungi pelancong. Jadual penerbangan ke Malaysia juga
perlu ditambah terutama dengan mengadakan promosi tambang murah kepada
pelancong asing yang ingin melawat ke Malaysia. Dengan cara ini, para pelancong
akan berasa selesa apabila berkunjung ke Malaysia.
............Selain
itu, usaha untuk meningkatkan jumlah tempat-tempat penginapan seperti hotel dan
chalet perlu ditingkatkan. Usaha ini boleh dilaksanakan dengan memperbanyakan
pembinaan hotel lima bintang yang mengenakan kadar bayaran berpatutan diiringi
dengan bilik yang selesa untuk menarik minat pelancong. Sebagai contohnya,
usaha yang dijalankan oleh Hotel Seri Malaysia memperkenalkan pakej penginapan
murah berserta makanan tradisional tempatan telah berjaya meningkatkan jumlah
pelancong menginap di hotel tersebut.Justeru, sekiranya usaha seperti ini
dilaksanakan secara berterusan, jumlah pelancong asing yang akan kembali semula
ke Malaysia akan bertambah di samping menggalakkan kedatangan pelancong baru.
............Pada
masa yang sama, kerajaan juga perlu mengadakan lebih banyak promosi untuk
menjelaskan aktiviti pelancongan yang diadakan di negara kita. Promosi tentang
destinasi pelancongan yang menarik, kebudayaan dan karnival jualan boleh di
laksanakan dengan giat sama ada di dalam mahupun di luar negara. Sebagai
contohnya, kementerian Pelancongan telah mengadakan promosi kebudayaan bagi
menarik pelancong dari Asia Barat seperti di Dubai dan Arab Saudi. Usaha
mempromosikan negara ini juga boleh dijalankan melalui penggunaan teknologi
maklumat seperti internet bagi menyebarkan maklumat tentang pelancongan di
negara ini. Penggunaan internet dapat memastikan semua pelancong memperoleh
maklumat berguna mengenai destinasi pelancongan menarik dan aktiviti
pelancongan di Malaysia. Jelasnya, promosi yang giat dapat memastikan semua
maklumat pelancongan disebarkan secara berkesan bagi menarik kunjungan pelancong.
............Salah
satu aspek penting yang ditekankan oleh pelancong terutama pelancong asing
ialah aspek kebersihan dan kemudahan prasarana. Kawasan pelancongan mestilah
sentiasa bersih dan diselenggarakan dengan baik. Petugas- petugas di kawasan pelancongan
perlu ditambah bagi memastikan kebersihan sentiasa terkawal. Begitu juga halnya
dengan kemudahan prasarana bagi membolehkan pelancong membeli-belah dengan
selesa. Sebagai contohnya, kemudahan seperti bank, insuran serta pusat membeli
belah perlu dibina di kawasan pelancongan. Langkah-langkah seperti ini mampu
menjadi daya tarikan pelancong untuk terus menjadikan Malaysia sebagai
destinasi pelancongan yang diminati.
............Selain
usaha tersebut, usaha menarik pelancong ini turut dipikul oleh rakyat negara
ini. sikap ramah dan suka membantu pelancong harus diutamakan oleh rakyat
Malaysia. Keramahan rakyat negara ini harus dibuktikan melalui sikap ikhlas
melayan tetamu kita itu. Umpamanya, pemandu teksi yang dianggap “duta
pelancongan negara” haruslah bersikap ramah, mesra dan menjauhi amalan ingin
mengambil kesempatan atas kehadiran pelancong asing bagi mengaut keuntungan mudah.
Rakyat perlulah menunjukkan nilai sopan santun dan lembut bahasa kerana “bahasa
menunjukkan bangsa”. Jadi, rakyat negara ini harus mengubah sikap mereka dengan
melayan pelancong tempatan atau asing ini dengan lebih baik agar kunjungan
mereka ke Malaysia sentiasa memberi kenangan manis di sepanjang hidup mereka.
............Memandangkan
persaingan dalam industri pelancongan semakin sengit, agensi-agensi pelancongan
perlu bersikap lebih kreatif bagi menerokai bidang pelancongan baru. Konsep
pelancongan perlu diperluaskan dengan memperkenalkan pelbagai jenis pelancongan
seperti “ekopelancongan”, pelancongan alam sekitar, pelancongan pendidikan,
pelancongan perubatan dan sebagainya. Hal ini sesuai dengan pepatah Melayu,
“tak kenal maka tak cinta”. Jika pelancongan versi baru ini tidak dicuba di
negara kita, kita tidak akan mengetahui potensi yang dapat diperoleh daripada
industri pelancongan tersebut. Pada masa yang sama, pelbagai aktiviti sukan
seperti Le Tour De Langkawi serta persidangan antarabangsa seperti Persidangan
APEC yang diadakan di Kuala Lumpur, mampu menarik jumlah pelancong berkunjung
ke Malaysia.
............Tuntasnya,
“jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”, jika usaha yang
dilakukan amat kurang dan terbatas, bagaimanakah hasrat untuk melihat sektor
pelancongan di negara kita merentasi benua dan dunia menjadi nyata? Segala
tindakan yang dirancang dan direncana memerlukan bantuan dan kerjasama daripada
semua pihak. Semoga melalui keprihatianan dan rasa bertanggungjawab dan cinta
akan negara, nama Malaysia akan menjadi sebutan dan tumpuan utama seluruh
penduduk dunia untuk berkunjung sambil merehatkan minda mereka. .
Pembangunan
di negara kita semakin hari semakin maju dan pesat seiring dengan nama Malaysia
yang kini berjaya menempa nama di persada antarabangsa. Banyak kilang
perindustrian, pusat beli-belah dan perumahan dibina bagai cendawan tumbuh selepas
hujan. Senario ini telah menggunakan ruang yang luas sehingga memakan tanah
yang berhektar-hektar. Antara isu yang hangat yang telah dibincangkan adalah
sama ada Stadium Merdeka patut dirohohkan untuk pembangunan kerana bangunan itu
tidak lagi berfungsi sebagai tapak akvtiviti sukan lagi. Isu tersebut pernah
menjadi polemik pelbagai lapisan masyarakat kita. Mengapakah ada kejadian
seperti ini berlaku? Adakah perlu bangunan tersebut diruntuhkan? Tepuk dada
tanyalah selera. Sebenarnya, terdapat pelbagai kepentingannya kita perlu
mengekalkan bangunan bersejarah yang terdapat di negara kita.
……….Satu daripada
kemaslahatan bangunan bersejarah perlu dikekalkan ialah bangunan bersejarah
dapat dijadikan sebagai bukti yang kukuh kepada sesuatu era atau peristiwa
sejarah yang telah berlaku. Monumen, mengikut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat
bermaksud bangunan yang dibina untuk memperingati seseorang atau peristiwa
penting. Walaupun Malaysia telah mencapai kemerdekaan selama 52 tahun, kesan
yang ditinggalkan oleh penjajah kolonial seperti British, Belanda dan Portugis
masih dapat dilihat dan perlu dijaga dan bukanlah untuk dimusnahkan. Di samping
itu, bangunan bersejarah amat penting untuk generasi kini dan juga generasi
yang akan datang kerana dengan kewujudan bangunan bersejarah, kita dapat
membuktikan bahawa sejarah Malaysia yang telah dicatat merupakan sesuatu yang
realistik dan bukanlah cerita-cerita dongeng, mitos atau legenda. Sebagai
contohnya, zaman kegemilangan bandar pelabuhan Melaka pada abad ke-15 dan abad
ke-16 dapat dirasai dengan wujudnya Pintu Gerbang Porta de Santiago, Gereja
Christ, Bangunan Stadhuys dan Gereja St.Paul. Selain itu, Kota Cornwallis,
Masjid Kling, Gereja St.George di Georgetown, Pulau Pinang dapat mengimbas
kembali detik-detik sejarah negara yang pernah suatu masa dahulu dijajah dan
juga dapat membuktikan bahawa berlakunya penjajahan awal pemerintahan British
di Semenanjung Tanah Melayu pada akhir abad ke-18. Tegasnya, usaha meruntuhkan
bangunan bersejarah dan monuman negara tidak wajar dilaksanakan.
……….Pendapat
sesetengah pihak yang mengatakan bahawa bangunan bersejarah perlu diruntuhkan
adalah tidak berasas kerana bangunan bersejarah dan monumen lama dapat
memberikan teladan dan iktibar kepada masyarakat terutamanya remaja kini yang
mempunyai semangat patriotisme yang semakin menipis. Walaupun ada antara
bangunan bersejarah yang hanya menggambarkan sejarah hitam negara, namun jika
kita menghayati sejarah di sebalik bangunan tersebut semula serta mengambil
pengajaran daripada peristiwa yang telah berlaku, maka kita dapat terus mara ke
hadapan tanpa mengulangi kesilapan yang telah dilakukan oleh masyarakat terdahulu.
Sebagai contohnya, Kota A Famosa di Melaka yang merupakan sebuah kubu
pertahanan yang kukuh telah dibina oleh Portugis setelah mereka berjaya
menakluki Melaka dapat dijadikan iktibar. Penaklukan ini terjadi kerana
terdapatnya masalah perpaduan, kelemahan kepemimpinan dan juga kelemahan
tentera pada zaman Kesultanan Melaka. Negara kita jugamampu menjadi negara yang
setaraf dengan negara-negara maju yang lain bagai berdiri sama tinggi duduk
sama rendah sekiranya kita tidak mengambil mudah dan mengambil iktibar daripada
sejarah negara. Oleh itu, bangunan bersejarah di negara kita sememangnya tidak
perlu diruntuhkan kerana yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.
……….Bukan itu
sahaja, dari sudut pelancongan pula, bangunan bersejarah dan monumen dapat
menarik pelancong baik pelancong domestik mahupun pelancong dari luar negara
untuk melawat ke negara kita. Bangunan ini juga menjadi salah satu faktor
dominan pelancong bercuti di negara kita selain menyaksikan pemandangan alam
yang indah. Oleh itu, bangunan bersejarah tidak perlu diruntuhkan sebaliknya
dipulihara dan diubah suai. Sebagai contohnya, bangunan lama hendaklah diubah
suai untuk dijadikan muzium, galeri seni lukis dan pusat pelancongan. Fenomena
ini sudah menjadi suatu perkara biasa di beberapa buah negara Eropah seperti di
England, Perancis, Itali, dan Belanda. Bandar-bandar bersejarah seperti York,
Bath, Oxford, dan Cambridge di England telah berjaya melindungi sebahagian
besar daripada bangunan bersejarah mereka dengan baik. Usaha seperti ini dapat
menarik lebih ramai pelancong dari seluruh dunia dan dapat menjadi sumber
pendapatan negara. Di samping itu, pelancong juga dapat melawat bangunan
bersejarah dan melihat monumen-monumen yang terdapat di sekitar bangunan selain
menikmati keindahan alam semula jadi negara kita dan artifak-artifak di dalam
muzium dan galeri seni lukis bagai menyelam sambil minum air. Oleh itu,
bangunan dan monumen ini secara tidak langsung dapat membantu industri
pelancongan negara.
……….Di samping itu,
bangunan dan monumen lama juga memainkan peranan yang penting dalam pendidikan
di negara kita khususnya para pelajar dan penyelidik. Pelbagai ilmu yang dapat
dipelajari dengan memahami dan mengkaji bangunan dan monumen lama. Sebagai
contohnya, dengan terdapatnya bangunan dan pancutan air Horse di sekitar
Dataran Merdeka dan Masjid Jamek di pertemuan Sungai Gombak dan Klang di Kuala Lumpur,
seseorang dapat mengetahui bukan sahaja kepentingan Kuala Lumpur dalam era
kolonial British tetapi juga kehidupan dan kebudayaan masyarakat penjajah dan
tempatan pada ketika itu. Bangunan Kelab Di Raja Selangor dan Dataran Merdeka
telah dibina bagi kemudahan sosial dan rekreasi khasnya kepada rakyat British
dan Eropah yang berkhidmat di Tanah Melayu pada akhir abad ke-19. Begitu juga
halnya dengan kepentingan pancutan air Horse yang telah dibina di persimpangan
Jalan Raja dan Jalan Raja Laut pada tahun 1897. Pancutan air Horse dibina
sebagai memperingati seorang inspektor polis negeri Selangor, iaitu Encik Steve
Harper. Pemuliharaan dan penghayatan kemaslahatan bangunan bersejarah persis
peribahasa, yakni “tak kenal maka tak cinta”. Oleh itu, bangunan bersejarah dan
monumen sememangnya mempunyai nilai yang tersendiri.
……….Secara
tuntas, bangunan bersejarah amat penting dalam pembentukan minda generasi muda
negara terutamanya ke arah penghayatan warisan dan khazanah negara. Bangunan
dan monumen yang bersejarah merupakan aset yang patut dipelihara dan diwarisi
dari satu generasi ke satu generasi. Dengan terdapatnya bangunan bersejarah,
generasi baharu akan lebih menghargai dan peka akan perkembangan sejarah
negara. Hal ini akan membentuk sebuah masyarakat yang sensitif terhadap
sebarang perobohan atau pemusnahan bangunan bersejarah. Sesungguhnya, pihak
kerajaan pula perlulah mewartakan bangunan bersejarah sebagai bangunan yang
perlu dikekalkan dan dilestarikan, bak kata pepatah “tak lapuk dek hujan, tak lekang
dek panas”. Oleh hal yang demikian, mana-mana pihak yang merobohkan atau
memusnahkan bangunan bersejarah, mereka perlulah dikenakan tindakan
undang-undang.
Amalan berjimat cermat dan menabung.
............Amalan
berjimat cermat merupakan sikap yang mulia dan seharusnya dipraktikkan
sepenuhnya oleh masyarakat Malaysia apatah lagi dengan keadaan harga barangan
yang semakin meningkat kesan daripada kenaikan harga bahan bakar di pasaran dunia.
Sikap boros ketika berbelanja haruslah ditangani agar tidak menyusahkan diri
dan keluarga. Oleh itu, langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil untuk
menanamkan sikap berjimat cermat dalam kalangan masyarakat.
............Antara
langkah efektif yang telah diambil oleh kerajaan untuk mengalakkan rakyat
Malaysia mengamalkan sikap mulia ini adalah dengan menanmkan sikap rajin menabung.
Kerajaan telah mengambil inisiatif bagi memupuk semangat menabung dalam
kalangan pengguna. Pengenalan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ialah
contoh kesungguhan kerajaan untuk menyedarkan masyarakat akan pentingnya
perancangan masa depan kerana kita perlu menyediakan payung sebelum hujan.
............Ibu
bapa juga seharusnya memupuk sikap suka menabung kepada anak-anak sejak dari
kecil lagi. Anak-anak harus dididik mempunyai tabungan sendiri di rumah iaitu
menabung wang lebihan perbelanjaan sekolah mereka dan menggunakan simpanan
mereka apabila ingin membeli barangan keperluan sendiri. Ibu bapa juga boleh
membuka akaun simpanan anak-anak di bank-bank tempatan seperti Bank Simpanan Nasional
, bank Rakyat dan sebagainya kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Institusi perbankan hendaklah dimanfaatkan sebagai tempat menyimpan wang yang
selamat dan hasil daripada tabungan ini dapat digunakan untuk keperluan masa
depan yang lebih gemilang.
............Masyarakat
juga hendaklah prihatin akan peranan skim-skim saham amanah. Kementerian
Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna telah menjayakan Minggu Saham Amanah bagi
memupuk kesedaran melabur dalam kalangan pengguna. Oleh itu, masyarakat
hendaklah sedar akan peluang yang terbuka luas untuk melabur dan seterusnya
mendapat dividen yang diagihkan pada setiap tahun. Hal ini pasti akan
mendatangkan kebahagiaan kepada masyarakat kerana masyarakat yang bahagia
mempunyai masa depan yang terjamin.
...........Sebelum
membeli barangan, perancangan yang teliti hendaklah dilakukan terlebih dahulu.
Barang-barang yang mahu dibeli perlu disenaraikan. Perbelanjaan berhemat ini
wajar dipraktikkan bagi mengelakkan sebarang pembaziran dan masyarakat
hendaklah membeli barangan mengikut keperluan, bukan mengikut nafsu. Ketika
berbelanja, penggunaan kad kredit juga patut dielakkan kerana akan menambah
beban tanggungan hutang dan lama kelamaan pengguna akan mengalami masalah
kewangan. Justeru, mayarakat wajar berpegang pada peribahasa berjimat
sebelum terlambat, beringat sebelum terkena.
............Kesimpulannya,
amalan berjimat cermat sudah pasti akan melahirkan masyarakat yang bijak dan
progresif kerana mempunyai sumber kewangan yang mencukupi dan sudah tentu untuk
jaminan masa hadapan yang lebih cerah, seperti kata tokoh Mahatma Gandhi, berfikirlah
untuk hari esok, namun bertindaklah hari ini. Oleh yang demikian, pelbagai
pihak wajar memainkan peranan agar amalan berjimat cermat menjadi budaya
masyarakat kita setiap masa tanpa mengira peringkat umur.
...............................................................
Isu kenaikan harga barang hangat diperkatakan oleh
masyarakat pada hari ini. Sebagai seorang pengguna yang prihatin, tulis sebuah
rencana tentang kesan-kesan daripada kenaikan tersebut kepada masyarakat dan
negara serta cadangkan langkah-langkah untuk mengatasinya.
Kebelakangan
ini, kenaikan harga barang telah melanda negara kita. Kenaikan ini menyebabkan
perbelanjaan rakyat Malaysia semakin bertambah. Bagi golongan yang hidup
seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang atau kurang berada ini,
kenaikan ini sudah pasti menimbulkan beban kepada mereka. Terdapat beberapa
langkah yang perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk menghadapi kenaikan ini,
bak kata pepatah, ingat sebelum kena jimat sebelum habis.
Satu
daripada langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah ini ialah setiap
rakyat Malaysia perlulah mengamalkan amalan berjimat cermat. Amalan ini dapat
dilaksanakan dengan mengurangkan perbelanjaan atau ikat perut. Sebagai
contohnya, jika pada suatu ketika dahulu kita berbelanja sebanyak 100 peratus,
perbelanjaan tersebut hendaklah dikurangkan kepada 50 atau 60 peratus sahaja.
Wang selebihnya hendaklah kita simpan. Melalui cara ini, kita dapat
mengurangkan pengaliran wang di pasaran dan seterusnya dapat mengurangkan
permintaan terhadap sesuatu barangan sekaligus dapat mengurangkan kenaikan
harga barang.
Selain
itu, ketua sesebuah keluarga pula hendaklah merancang perbelanjaan keluarga
dengan teliti. Semua perbelanjaan hendaklah dibuat berdasarkan keperluan. Hal
ini bermaksud barang-barang yang tidak diperlukan hendaklah diketepikan.
Sebagai contoh, setiap ahli keluarga hendaklah menangguhkan pembelian pakaian
yang berjenama mahal, peralatan perabot, dan sebagainya. Mereka hendaklah
menumpukan pembelian barangan keperluan utama seperti beras, gula, tepung, dan
sebagainya.
Di
samping itu, semua ahli masyarakat hendaklah memboikot barang-barang di pasaran
yang harganya naik secara mendadak. Dalam hal ini, masyarakat hendaklah bersatu
hati seperti yang terungkap dalam pepatah Melayu, bersatu teguh bercerai roboh.
Sebagai contohnya, masyarakat janganlah membeli ayam dagi di pasar yang
mengalami kenaikan harga yang tidak munasabah.Apabila pembeli memboikot
pembelian terhadap ayam daging tersebut dalam tempoh tertentu, harga ayam
tersebut akan turun kembali.
Bukan
itu sahaja, pihak kerajaan pula hendaklah sentiasa membuat pemantauan dan
mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menaikkan harga barangan
tanpa mendapat kelulusan daripada pihak kerajaan. Pegawai yang bertanggungjawab
hendaklah mengadakan lawatan mengejut dari semasa ke semasa untuk memastikan
penjual mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan tidak bersikap sperti
lintah darat. Sebagai contohnya, mana-mana penjual yang menaikkan harga
barangan sesuka hati hendaklah didakwa di mahkamah. Tindakan tegas seperti ini
akan menyebabkan mereka tiak berani untuk mengambil kesempatan dalam suasana
negara menghadapi kemelut kenaikan harga barang.
Kesimpulannya,
kenaikan harga barang telah menyusahkan banyak pihak terutamanya pengguna. Oleh
itu, semua pihak hendaklah bekerjasama bagai aur dengan tebig untuk menangani
masalah ini. Bagi sesetengah pihak pula, janganlah bersikap seperti enau dalam
belukar melepaskan pucuk masing-masing tetapi sebagai rakyat Malaysia yang
prihatin hendaklah bersama-sama mencari jalan untuk menyelesaikan masalah
kenaikan harga barang. Sebagai pengguna yang bijak, berhemahlah ketika
berbelanja, beli mana yang perlu sahaja. Jimat cermat amalan mulia, sedangkan
membazir itu amalan syaitan.
.....
Huraikan pendapat anda tentang
peranan ibu bapa menggalakkan anak-anak menceburi bidang sukan.
Contoh rangka jawapan
Contoh jawapan.
Bidang
sukan merupakan salah satu bidang yang penting di negara kita. Hal ini demikian
kerana, aktiviti sukan mendatangkan faedah yang banyak kepada masyarakat dan
negara kita. Walau bagaimanapun, ada sehelintir ibu bapa yang tidak memberi
galakkan kepada anak-anak dalam aktiviti kokurikulum dan hanya menumpukan
sepenuh perhatian dalam pencapaian akademik sahaja.Anggapan sebegini adalah
salah kerana aktiviti kokurikulum banyak memberikan impak positif kepada
pelajar untuk cemerlang dibidang akademik dan kokurikulum. Sekiranya ibu bapa
memberikan galakkan adn sokongan moral, sudah pasti matlamat untuk memajukan sukan
di negara ini lebih mudah tercapai seperti kata pepatah di mana ada kemahuan,
di situ ada jalan. Dengan cara itu, negara kita akan dikenali dan digeruni di
peringkat antarabangsa melalui kejayan atlet di bidang sukan.
Antara
peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa adalah dengan memberikan galakkan
seperti membelikan peralatan sukan. Sekiranya anak-anak memilih peralatan sukan
yang lengkap an sesuai sudah pastilah mereka lebih bersemangat untuk bersukan.
Contohnya, ibu bapa perlulah membelikan baju, kasut, peralatan sukan seperti
raket atau kayu hoki dan sebagainya yang diperlukan oleh anak mereka. Janganlah
disediakan dengan peralatan yang ala kadar sahaja seperti melepaskan batuk di
tangga. Dengan hal demikian, minat anak-anak dalam bidang sukan dapat
dikembangkan seterusnya mereka akan berlatih bersungguh-sungguh untuk
meningkatkan prestai serta melakar kemenangan yang boleh mengharumkan nama ibu
bapa, sekolah, negeri dan juga negara.
Ibu
bapa juga berperanan untuk menasehati anak-anak supaya mereka bergiat cergas
dalam kegiatan sukan boleh membentuk anak-anak yang sihat dan cergas. Di
samping itu, anak-anak yang mempunyai bakat yang besar dan mempunyai potensi
untuk maju bolehlah melibatkan diri dengan lebih aktif untuk mencipta kejayaan
yang lebih cemerlang. Bakat dan minat tersebut perlulah dipupuk dari bangku
sekolah lagi untuk dikembangkan agar dapat mengharumkan nama negara dipersada
dunia. Melentur buluh biarlah dari rebungnya, begitulah kalau kita hendak
menjadikan anak-anak kita berjaya di bidang sukan, galakkan mereka untuk
menceburinya dari sejak kecil lagi.
Selain
itu, ibu bapa hendaklah memberikan sokongan moral dengan menghantar anak-anak
mereka ke tempat latihan atau permainan dijalankan. Dengan cara itu, anak-anak
mereka lebih bersemangat untuk bergiat aktif dalam sukan. Mereka juga boleh
menemani dan menyaksikan sendiri anak-anak mereka berlatih atau bertanding.
Dengan adanya dorongan dan sokongandari ibu bapa sudah tentulah akan mendatangkan
kesan yang lebih mendalam kepada anak-anak mereka dalam usaha untuk mencipta
kejayaan.
Belikan
juga anak-anak majalah sukan, atau video yang berkaitan dengan sukan yang
diceburi supaya anak-anak boleh meningkatkan lagi pengetahuan dalam sukan yang
diceburinya. Selain itu, kisah-kisah kejayaan ahli-ahli sukan idola mereka yang
dipaparkan di majalah-majalah boleh dijadikan pembakar semangat untuk mmereka
berusaha dengan lebih gigih.
Sebagai
kesimpulannya, peranan ibu bapa dalam menggalakkan anak-anak menceburi bidang
sukan amat besar sekali. Hal ini demikian kerana, galakkan dan dorongan ibu
bapa adalah perangsang utama untuk anak-anak berjaya dalam apa bidang
sekalipun. Sehubungan itu, ibu bapa perlulah diberikan kesedaran dan kefahaman
kepentingan anak-anak mereka menceburi bidang sukan supaya negara dapat
melahirkan lebih ramai lagi jaguh sukan di peringkat dunia. Tidak dinafikan
kejayaan dibidang akademik amat penting, tetapi ianya harus diseimbangkan
dengan kejayaan dibidang kokurikulum juga terutamanya sukan. Yang bulat tak
akan datang bergolek dan yang pipih tidak akan datang melayang, begitu juga
dengan sukan, kejayaan tidak akan datang tanpa usaha yang keras dan paling
penting galakkan dan dorongan ibu bapa.
Peranan
ibu bapa dalam mendidik anak
Anak
ibarat kain putih , ibu bapalah yang insan yang bertanggungjawab
mencorakkannya. Jika merah, merahlah ia, jika biru, birulah ia. Corak yang
dihasilkan itu bakal menentukan siapakah anak-anak pada masa hadapan, Ibu bapa
sentiasa mengharapkan dan mendambakan anak-anak mereka menjadi insan yang berguna
serta berbakti terhadap orang tua. Demi mencapai keinginan tersebut ibu bapa
sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan hasrat hati mereka itu terlaksana
dengan jayanya. Mereka tega menghabiskan masa dan tenaga bahkan wang ringgit
demi melihat anak-anak mereka berjaya. Kebanyakan ibu bapa menyayangi anak
mereka dengan setelusnya, umpama menatang minyak yang penuh. Namun, dengan
mencurhkan kasih sayang semata-amata tidak mungkin akan dapat menjadikan
anak-anak seorang insan yang berbakti, justeru usaha-usaha lain harus ditimbal
balik dan diambil kira.
Memetik
kata-kata pakar motivasi terkenal Malaysia Dr. H.M Tuah Iskandar “seribu mancis
tidak dapat menerangi engkau dalam kegegalapan namun, cahaya keimanan pasti
dapat menyuluh engkau ke jalan kebahagiaan”. Oleh hal yang demikian, langkah
awal wajar diambil oleh ibu bapa untuk meralisasikan hasrat murni itu iaitu
dengan cara menerapkan dan memberikan didikan agama yang sempurna. Rasulullah
S.A.W bersabda yang bermaksud; “ suruh dan perintahlah anak-anakmu mendirikan
solat sedari umurnya tujuh tahun”. Solat merupakan perkara terpenting yang
perlu dipantau oleh ibu bapa. Solat dapat mendidik anak-anak untuk sentiasa melakukan
perkara baik dan menjauhi perkara mungkar. Apabila anak-anak telah diterapkan
dengan nilai-nilai murni seperti menghormati oarng tua dan berbudi pekerti
luhur, sudah pasti segala apa yang diangan-angankan oleh ibu bapa akan menjadi
realiti. Insan yang berguna ialah insan yang tahu nilai diri dan estetika. Jadi
apabila benteng pertahanan diri mereka sudah cukup teguh, segala apa yang
dirancang pasti menjadi nyata.
Seterusnya
usaha yang wajar dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan harapan melihat
anak-anak mereka berjaya itu tercapai adalah dengan bermain “tarik tali’ dengan
anak-anak. Dalam usaha mendidik anak-anak ibu bapa perlu mengamalkan toleransi,
perasaan kasih sayang dan bertegas dalam bicara perlu menjadi tunjang utama.
Ibu bapa tidak perlu memanjakan anak-anak sehingga mereka merasakan bahawa diri
seperti anak emas dalam keluarga, ibu bapa boleh menuruti rengekkan dan
permintaan anak-anak. Namun, mereka harus berpada-pada, Sedikit penegasan perlu
diberikan. Hal ini bertujuan mengelakkan anak-anak menjadi manja dan besar kepala.
Menghukum apabila anak-anak melakukan kesalahan tidak bererti ibu bapa
membanci, tetapi hal ini merupakan tanda ibu bapa menyayangianak-anak. Apabila
perasaan kasih sayang dan bertegas sudah menjadi sama rata, maka tidak akan
wujud sebarang kekangan. Anak-anak akan sentiasa mengawal tingkah laku dan
peradaban mereka. Malah, mereka pasti akan melakukan yang terbaik demi
membahagiakan diri sendiri dan ibu bapa yang tercinta. “Di mana ada kemahuan di
situ ada jalan. Perpeganglah kepada peribahasa tersebut, nescaya kesudahan yang
baik akan menjadi milik kita.
“Lampu
Alladdin tidak akan bersinar dengan sendiri tetapi Alladdin akan mengosoknya
terlebih dahulu”. Begitulah kata-kata azimat yang ditinta oleh Alex Osborn.
Hasrat ibu bapa untuk menyaksikan anak-anak mereka menjadi insan yang berguna
tidak akan berhasil jika ibu bapa sahaja yang bertungkus lumus menggembleng
tenaga. Dalam konteks ini, ibu bapa perlu memberi sedikit penekanan terhadap
kepentingn pendidikan dalan sanubari anak-anak. Ibu bapa perlu mengasuh
anak-anak untuk memahami dan mendalami ilmu. Anak-anak pula perlulah berusaha
untuk mencapai keinginan tersebut. Anak-anak umpama jentera yang memerlukan
minyak pelincir bagi menlancarkan pergerakannya. Apabila minyak pelincir sudah
dituang, maka akan lencarlah pergerakannya. Sehubungan dengan itu, kedua-dua
belah pihak perlu melaksanakan tanggungjawab masing-masnig bagi memastikan
kelangsungan perjalanan hidup mereka.
Tun
Dr Mahathir pernah berkata, “banyak masalah di dunia ini berpunca daripada
sikap manusia yang tidak pernah berusaha memahami antara satu sama lain dan
berbincang untuk melepaskan diri daripada sebarang musibah”. Oleh yang demikian
langkah drastik yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk memastikan anak-anak
mereka menjadi insan yang berguna ialah dengan menyelami hati dan keinginan
anak-anak. “Umpama menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus tepung tidak
berselerak”, ibu bapa perlu sebaik-baiknya mengetahui rasa hati anak-anak. Cara
sebegini akan dapat menghindari anak-anak daripada berasa tertekan. Tertekan
dalam konteks ini bermaksud bahawa anak-anak akan berasa dalam dilema sama ada
menurut kemahuan diri dan menghancurkan harapan ibu bapa atau menurut kemahuan
ibu bapa dan merobek hati sendiri. Kebanyakan ibu bapa mengharapkan anak-anak
berusaha untuk mencapai mimpi mereka tanpa memikirkan kemampuan sebenar
anak-anak. Anak-anak akan memberontak akibat desakan yang bertubi-tubi daripada
ibu bapa. Nah, apabila situasi ini berlaku, lain yang diharap lain yang
menjadi, bak kata pepatah, yang dikejar tidak dapat yang diikendong berciciran.
Oleh itu, ibu bapa perlu memikirkan sedalam-dalamnya atas segala tindakan yang akan
diambil. Setiap insan memiliki paradigma dan pandangan yang berbeza dalam
menentukan hala tuju hidup mereka. Dato Dr Fadzillah Kamsah, ada menyebut “usah
direnung ke langit hingga terlupakan bumi, sedangkan langit tidak mungkin
digapai, sedangkan bumi sedia di tapak kaki”.
Selanjutnya
ibu bapa haruslah memberikan sedikit ruang kepada anak-anak untuk melakukan apa
yang mereka hajati, asalkan tidak menyipang dan tersasar jauh ke lembah
kehancuran. Dalam memastkan anak-anak berhsil menjadi insan yang berguna, ibu
bapa tidak boleh terlalu mengongkong anak-anak. Tiada paksaan dalam menuntut
ilmu. Jika anak-anak tidak mampu meneruskannya, ibu bapa tidak boleh terus
memaksa. Sebaliknya dorongan dan kata-kata semangat perlu diberi untuk
menaikkan semula semangat membara anak-anak. Ahli Falsafah Pascal mengungkapkan
“kalau kita berusaha mencapai keinginan, mulakan dengan kata-kata yang lembut
kerana kata-kata yang lembut umpama air yang menyirami tanah yang tandus”.
Desakan dan paksaan akan menjatuhkan anak-anak. Sebaliknya dorongan dan nasihat
akan mendorong anak-anak untuk berjaya kerana “anak umpama bunga-bunga yang
tumbuh di taman, yang menjadi tanah dan baja ialah ibu bapa”. Justeru mulakan
dengan kelembutan dalam memastikan kejayaan menjadi hak hakiki dan azali
anak-anak.
Intihanya,
sudah terang lagi bersuluh, usaha untuk memastikan anak-anak mereka supaya
menjadi insan berguna bukanlah mudah. Professor Beetcher pernah berkata,
“anak-anak ibarat simen basah, sesiapa yang jatuh ke atasnya pasti memberi
kesan”. Justeru, ibu bapa perlu berhati-hati mengambil sebarang tindakan dalam
usaha melahirkan model insan yang cemerlang. Usaha yang sewajarnya perlu
diambil dan segala emosi yang membungkam jauh dalam sanubari perlu ditolak ke
tepi. Kepentingan setiap individu perlu diambil kira dan dipertimbangkan. Akhir
kalam, pendayong sudah di tangan, perahu sudah di air, segala tindakan wajar
sudah terpampang hanya yang tinggal adalah usaha untuk melaksanakannya. Jauhkan
emosi untuk meningkatkan prestasi.
Dewasa
ini, kita sering dikejutkan dengan bencana alam yang berlaku di seluruh dunia.
Berita-berita yang menyedihkan hati kita ini terpampang di dada-dada akhbar dan
dikongsi bersama-sama oleh manusia sejagat. Kesannya, bencana alam ini telah
meragut banyak nyawa yang tidak berdosa. Fenomena ini dibuktikan melalui
kejadian tanah runtuh, banjir kilat, jerebu, tsunami, gempa bumi dan letusan
gunung berapi yang sering melanda dunia. Malangnya, tiada jalan penyelesaian
untuk menghalang bencana alam ini daripada berlaku. Hal ini demikian kerana,
sudah menjadi lumrah alam iaitu apabila tiba saat dan ketikanya, bencana
alam ini pasti akan terjadi. Tiada satu kuasapun yang mampu menangani kuasa
alam, namun kejadian bencana alam yang berpunca daripada sikap manusia itu
sendiri perlu diberikan perhatian agar nyawa manusia tiddak terancam.
Aktiviti pembalakan memang merupakan antara penyumbang ekonomi negara, namun
antara sedar ataupun tidak, aktiviti ini menjadi faktor berlakunya bencana
alam. Individu-individu yang terbabit dalam aktiviti pembalakan seharusnya
memikirkan kesannya sebelum menebang pokok kerana, sesal dahulu pendapatan,
sesal kemudian tiada gunanya. Kawasan hutan yang telah ditebang dan jika
tidak digantikan dengan anak pokok yang baharu, biasanya akan terdedah kepada
hujan dan menyebabkan hakisan tanah berlaku. Keadaan ini akan menyebabkan
berlakunya kejadian tanah runtuh yang akan meragut nyawa dan menyebabkan
kerosakan harta benda. Oleh itu, langkah yang bijaksana dan efektif
perlulah dijalankan untuk menangani masalah ini daripada berlaku.
Selain itu, terdapat segelintir manusia yang tidak
bertanggungjawab yang suka melakukan pembakaran terbuka. Hal ini nampaknya
remeh, kerana yang kelihatan hanyalah asap, namun asap inilah yang menyebabkan
kejadian jerebu yang menyulitkan kehidupan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
Jerebu ini pula boleh menyebabkan pesakit asma mengalami masalah dan
menyebabkan penyakit mereka semakin kronik. Oleh itu, kita seharusnya sedar dan
berhati-hati semasa melakukan sesuatu perkara kerana pandang jauh
dilayangkan, pandang dekat ditukikkan supaya tidak berlaku sebarang bencana.
Hal ini secara tidak langsung dapat membantu kita untuk mengurangkan pencemaran
alam sekitar dan membantu kita untuk menyelamatkan nyawa manusia sejagat yang
tidak berdosa.
Seterusnya, terdapat sesetengah anggota masyarakat yang tidak bertanggungjawab
iaitu dengan membuang sampah ke dalam longkang dan sungai dengan sesuka hati.
Secara sedar atau tidak, golongan ini sebenarnya menganiayai masyarakat seperti
kata pepatah, “kapak tak boleh membelah kayu, kalau bukan kayu pula yang
menjadi hulunya”. Hal ini demikian kerana, sistem perparitan akan tersumbat
oleh sampah sarap yang dibuang ke dalam sungai dan longkang. Masalah sistem
perparitan yang tersumbat ini pula akan menyebabkan banjir kilat berlaku.
Kejadian ini sudah pastinya akan menyusahkan banyak pihak yang tidak berdosa.
Oleh itu, pihak berkuasa haruslah mengkaji masalah ini hingga ke akar umbinya.
Punca lain yang menyebabkan bencana alam ini berlaku adalah disebabkan oleh
aktiviti pembangunan yang tidak terancang di lereng-lereng bukit. Keadaan ini
sudah tentu menimbulkan keadaan yang tidak selamat dan boleh menyebabkan tanah
runtuh berlaku. Sebagai contohnya, sebanyak 14 buah rumah banglo di Bukit Antarabangsa
musnah akibat tanah runtuh dan mengorbankan empat nyawa pada 6 Disember 2008
yang lalu. Hal ini disebabkan oleh pihak pemaju yang membangunkan kawasan
tersebut tidak mengambil langkah-langkah keselamatan untuk mengelakkan
berlakunya kejadian tanah runtuh. Mereka tidak membuat sistem perparitan yang
sempurna untuk menyalurkan air atau membina tembok konkrit untuk mengelakkan
kejadian tanah runtuh. Perkara ini penting dilakukan kerana kebanyakan kejadian
tanah runtuh berlaku akibat pergerakan air di dalam tanah yang menyebabkan
tanah itu longgar dan mudah runtuh.
Sebagai kesimpulannya, semua pihak haruslah bersama-sama dan berganding bahu
dengan mengamalkan peribahasa “seperti aur dengan tebing” untuk
menangani masalah ini. Janganlah kita mengamalkan peribahasa “seperti enau
di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing”. Jika perkara ini tidak
dilakukan, sudah pastinya semua pihak terpaksa menanggung akibat buruk daripada
sikap kita sendiri. Oleh itu, anggota masyarakat perlulah sedar bahawa
tanggungjawab untuk menjaga alam sekitar tidak terletak di bahu kerajaan semata-mata. Kita
harus sedar bahawa, sebenarnya Allah menganugerahkan alam ini kepada kita
sebagai amanah untuk dijaga. Mahukah kita hidup di dalam kawasan tanah runtuh,
jerebu, banjir dan kemarau? Oleh hal yang demikian, tepuklah dada, tanyalah
selera, sebelum bertindak.
Kementerian
Pelajaran Malaysia telah mendominankan kokurikulum
dalam sistem pendidikan nasional. Langkah ini secara eksplisit menerangkan kokurikulum
sebagai simbolik kepada
kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Oleh itu, badan-badan
beruniform seperti Kadet Pertahanan Awam, Kadet Remaja Sekolah dan sebagainya
mula dipromosikan dalam arus pendidikan negara.
Faedah-faedah yang boleh didapati apabila para
pelajar menyertai badan beruniform adalah dapat memapankan ketahanan diri. Dalam usia yang setahun jagung, banyak cabaran yang perlu ditongkah bahkan, formula ketahanan
diri tersebut juga perlu diaplikasikan
pada masa hadapan. Aktiviti-aktiviti lasak yang sudah termaktub dalam silabus badan beruniform seperti
'flying-fox', 'night-walk' dan seumpamanya merupakan pendekatan awal bagi
membuka kotak penerimaan pelajar terhadap kepentingan hal ini.
Di samping itu, penyertaan pelajar dalam unit
beruniform berpotensi memangkinkan semangat
kerjasama ibarat aur dan tebing
dan pembentukan disiplin mereka. Hal ini dapat dibuktikan melalui penglibatan
pelajar yang mendesak ketepatan masa yang tinggi seperti aktiviti kawad kaki.
Aktiviti tersebut memerlukan gemblengan tenaga
yang maksimum daripada ahli-ahli pasukan bagi menghasilkan formasi yang mantap.
Oleh itu, para pelajar yang menyertai badan beruniform sering masyhur dengan ketepatan masa dan
disiplin yang tinggi.
Persis peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya, para pelajar juga akan
diasuh tentang ilmu asas kecemasan. Perkara ini sangat berfaedah kerana apabila
berlaku sebarang kecederaan, para pelajar boleh tampil menghulurkan bantuan. Tamsilnya, Persatuan Bulan Sabit Merah
(PBSM) merupakan unit utama di sekolah yang bertindak menyebarkan wadah kesihatan kepada
ahli-ahlinya dan umum. Maka, tindakan ini dilihat sangat efektif demi memansuhkan kedaifan akal pelajar tentang ilmu
kesihatan.
Akhirulkalam,
semua pelajar wajib menyertai kegiatan kokurikulum untuk kemenjadian masa depan. Elakkan
daripada tertumpu kepada kurikulum sahaja. Para pelajar perlu sedar akan
faedah yang terbentang justeru mereka harus mengikuti perkembangan sistem pendidikan
untuk faedah diri sendiri.
Ponteng
merupakan kekangan disiplin yang
paling banyak berlaku dan sukar diatasi di sekolah. Antara lain, ponteng
bagaikan satu indikator yang menanda aras kelemahan sistem
pendidikan Malaysia yang diimplementasikan
melalui Dasar Pendidikan Negara (DPN). Perang media menerusi akhbar, majalah,
blog dan sebagainya telah pun meletus bagi membincangkan pro serta kontra kegiatan tidak
bermoral ini. Walau bagaimanapun, pihak kerajaan sedang bergiat cergas dengan mengobservasi punca dan ikhtiar bagi
menekan kemajuan polemik ini.
Punca bercambahnya masalah ini termasuklah kurangnya didikan
duniawi serta ukhrawi daripada ibu bapa. Hal ini berlaku kerana mereka terlalu
ghairah mengejar kemewahan hinggakan sanggup mempedulikan asas kehidupan serta
dasar keagamaan anak-anak mereka. Bahkan mereka tidak arif bahawa pengabaian
inilah yang bakal merosakkan anak bangsa kita. Persis slogan 'pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara',
ibu bapa hendaklah mengawasi pergerakan dan pergaulan anak-anak mereka supaya
terhindar daripada maksiat seterusnya mengatur strategi kehidupan anak-anak
mereka supaya dapat menjadi tonggak
negara pada masa akan datang.
Pemuda watan kita
sering tersilap memilih jalan seperti peribahasa menyebut 'terlajak perahu boleh diundur, terlajak
langkah buruk padahnya'. Hal ini disebabkan, remaja marcapada lebih cenderung
memilih rakan yang mengikut trend walhal budaya yang disalurkan adalah negatif.
Sudah terlalu menggunung budaya barat yang diisi dalam kotak pemikiran kita sehinggakan kita terlupa kepada budaya asal.
Dasar remaja pula, mereka mahukan sesuatu yang lebih menarik dan mengikut
peredaran zaman. Jadi apabila wujudnya pengaruh rakan sebaya, mudahlah baginya
untuk turut serta dan mencuba perkara baru. Pemilihan kawan yang baik dapat
mencorakkan kehidupan kita ke aras yang lebih sempurna.
Di samping itu, peranan media juga menjadi tulang belakang kepada kegawatan ini.
Media kini lebih gemar memaparkan program-program yang bertentangan dengan norma masyarakat lokal. Eksploitasi seks terhadap wanita dalam iklan-iklan sebagai intiha, memesongkan iman para remaja
seterusnya menyebabkan mereka berpotensi untuk terjerumus ke lembah kehinaan.
Selain itu, penapisan filem serta drama dianggap masih longgar kerana wujud
adegan-adegan separa lucah yang dapat meracun minda remaja kita. Oleh yang
demikian, remaja seringkali terikut-ikut dengan paparan negatif yang jelas
berbanding kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Bagi menangani punca-punca ini, pelbagai inisiatif telah diambil oleh variasi pihak. Antara cara demi
menangani polemik sosial ini ialah mengadakan sesi kaunseling yang melibatkan
pihak sekolah, ibu bapa dan remaja itu sendiri. Menerusi pendekatan ini,
masalah yang menyebabkan seseorang pelajar ponteng dapat dikesan. Pihak
kaunselor harus menerangkan impak negatif
aktiviti ponteng supaya pelajar tersebut sedar dan berhati-hati menongkah arus kehidupannya. Hal ini
dilihat berkesan demi mengurangkan kadar pertambahan bilangan pelajar yang
ponteng sekolah, kerana peribahasa ghalib
menyebut "sediakan payung sebelum
hujan". Makanya, apabila pihak yang berkenaan sudah mengetahui
punca-punca gejala ponteng, usaha membanteras juga lebih efektif.
Seterusnya, para pelajar haruslah faham bahawa gejala ponteng bukanlah
aktiviti yang menjamin masa depan. Sepatutnya, masa yang terluang diisi dengan
ilmu dan pengajaran sebagai bekalan untuk masa hadapan. Pihak kerajaan pula
perlulah menitikberatkan peraturan dan undang-undang kerana para pelajar
dilihat memandang sebelah mata akan
peraturan sekolah seolah-olah tiada mata yang melihat pergerakan mereka.
Apabila peraturan dan hukuman dilaksanakan, pelajar-pelajar akan tergerak
daripada mimpi dan sedar bahawa kebebasan yang dikecapi adalah terhad.
Tuntasnya, semua pihak terutamanya pelajar sendiri
haruslah bertanggungjawab membaik pulih sistem pendidikan negara agar dapat
memacu kejayaan negara seterusnya bersaing dengan kuasa besar antarabangsa yang
lain. Janganlah kita menjatuhkan air
muka negara sendiri tatkala rumpun lain asyik memperlekehkan kemampuan
kita. Sesungguhnya pentarbiahan yang sempurna menjamin keterjelmaan negara seiring dengan Gagasan 1Malaysia.
0 评论:
发表评论